Thursday 25 July 2013

6 Fakta E-Rokok

Assalamualaikum...
Macam-macam idea zaman moden ni. Kalau dulu orang hisap rokok daun, lepas tu ada rokok batang, sekarang ni rokok elektronik pula! Dunia semakin canggih, penyakit pun semakin moden. Ada yang menyatakan mereka bertukar kepada e-rokok sebagai alternatif untuk berhenti merokok.  Namun mengikut kata pakar, kajian awal menunjukkan e-rokok tidak selamat. 5 kajian di seluruh dunia menunjukkan e rokok meningkatkan kadar rintangan aliran udara, merendahkan tahap oksigen dalam aliran darah dan merangsang penghasilan plak dalam salur darah.  Kesannya pengguna akan mendapat sakit jantung! Owh ngerinya…
Food And Drug Administration (FDA) pernah ditanya tentang sejauh mana selamatnya e-rokok ini.  Melalui sampel analisis FDA ke atas 2 jenama rokok elektronik yang popular mendapati pelbagai tahap penggunaan nikotin dikesan mengandungi sebatian kimia toksik (karsinogen) punca kanser.
Fakta e-rokok
  • Kesan perokok pasif. Walaupun tiada masalah gangguan asap, namun kita yang berada di sekitar perokok ini terdedah kepada gejala kegatalan mata, hidung dan tekak. Kita bakal menjadi perokok pasif jenis wap air.
  • Larangan merokok. Walaupun ada yang mengatakan boleh merokok di mana-mana dengan e-rokok kerana tiada masalah asap, pakar menegaskan tiada bukti kukuh yang mengatakan bahawa wap air yang dibebaskan melalui e-rokok selamat. Malah e-rokok diharamkan penjualannya di Australia, Kanada dan Mexico.
  • FDA masih belum kawal? Menurut sumber, FDA sedang berusaha untuk meletakkan label ‘drug-delivery device ‘ pada e-rokok sebagai usaha kawalan. Namun pihak pengadilan merasakan jika e-rokok hendak dikawal, penggunaan rokok konvesional juga perlu dilakukan perkara yang sama.
  • Mahal. e-rokok menggunakan bateri, cecair nikotin juga perlu ditambah jika kerap digunakan. Malah harga untuk sebatang e-rokok harganya bermula RM150 -300.
  • Tidak mesra kanak-kanak. e-rokok didatangkan dalam pelbagai perasa seperti vanila, coklat, strawberi dan ada juga ditambah nikotin bagi menambah nikmat menghisap rokok. Bimbang keadaan ini akan menarik minat kanak-kanak untuk mencubanya.
  • Nikotin kawal sendiri. E-rokok ada yang mengandungi nikotin, ada yang sebaliknya bergantung pada citarasa perokok itu sendiri.
Hindari rokok
Antara supplement yang boleh diambil bagi mengurangkan keinginan merokok adalah dengan mengambil supplement yang tinggi antioksida seperti Vivix dan vitamin E.

No comments:

Post a Comment