Thursday 25 July 2013

3 Tip Diet Orang Jepun

Assalamuaalaikum
Kadar obesiti di negara Jepun kurang daripada 4%! Sangat berbeza dibandingkan negara negara kita yang menduduki antara tangga teratas dalam senarai obesiti di dunia.  Bagaimana masyarakat Jepun dapat elakkan obesiti?  Ini dikaitkan dengan makanan tradisional mereka yang dikatakan antara menu paling sihat di dunia.
Menurut Daphne Miller penulis buku The Jungle Effect: The Healthiest Diets from Around the World, penduduk yang tinggal di daerah Okinawa Jepun khususnya boleh hisup sehingga 100 tahun jika dibandingkan dengan penduduk negara lain.
Diet Masyarakat Jepun
Mulakan dengan sup.  Sup miso merupakan sebahagian besar makanan termasuk sarapan.  Makanan berasaskan sup dapat memberikan rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan pengambilan kalori pada hari tersebut.
Warnai pinggan anda dengan pelbagai warna makanan. Antara warna yang ada dalam menu mereka ialah warna merah, biru, hijau, putih dan hitam.  Dengan menambah pelbagai warna berbeza dalam hidangan, bermakna anda makan lebih rendah kalori, lebih tinggi serat, lebih banyak buah dan sayuran.  Maklumlah warna yang pelbagai ini boleh didapati dengan mengambil sayur dan buahan.
Berhenti sebelum kenyang! Nabi Muhammad s.a.w pun ajar kita supaya berhenti makan sebelum kenyang, bukan berhenti bila dah cukup kenyang! Penduduk Okinawa popular dengan pepatah ‘Hara hachi bu’ yang bermaksud ‘makanlah sehingga anda berasa 80% kenyang’.  Caranya dengan menunggu dahulu 5 minit selepas makan sebelum anda membuat keputusan untuk menambah hidangan lain.

No comments:

Post a Comment